EKONOMI > BERITA

Public Mutual Isytihar Agihan Lebih RM57 juta Untuk Empat Dana

30/08/2024 06:50 PM

KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) -- Public Mutual, anak syarikat milik penuh Public Bank, mengisytiharkan pengagihan tahunan lebih RM57 juta untuk empat dana bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos, 2024.

Dalam kenyataan pada Jumaat, pengurus unit amanah itu mengumumkan pengagihan kasar sebanyak lima sen seunit bagi Public Sukuk Fund dan PB Bond Fund.

Public Mutual juga mengisytiharkan pengagihan kasar 4.75 sen seunit untuk PB Sukuk Fund dan 0.40 sen seunit bagi PB Asia Pacific Dividend Fund.

Public Mutual ialah syarikat unit amanah swasta terbesar di Malaysia dengan lebih 180 dana di bawah pengurusannya.

Syarikat itu juga merupakan penyedia skim persaraan swasta (PRS) yang diluluskan serta menguruskan sembilan dana PRS.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan