EKONOMI > BERITA

Bank Rakyat Perjelas Kemungkinan Ketirisan Data, Beri Jaminan Keadaan Terkawal

03/09/2024 07:18 PM

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Bank Rakyat berjaya membendung kemungkinan insiden ketirisan data yang mungkin melibatkan beberapa maklumat pelanggan susulan langkah proaktif yang dilaksanakannya.

Bank itu berkata ia kekal komited terhadap ketelusan dan telah memaklumkan pelanggan dengan sewajarnya.

“Di samping itu, kami turut menasihatkan pelanggan untuk sentiasa berwaspada terhadap taktik pancingan data dan kaedah penipuan berpotensi lain,” kata bank itu dalam satu kenyataan hari ini.

Sebagai tindak balas terhadap ketirisan itu, Bank Rakyat telah melaporkan insiden tersebut kepada pihak berkuasa berkaitan dan memberi jaminan kepada pelanggan, rakan kongsi perniagaan dan pihak berkepentingan bahawa semua operasi perniagaan kekal berfungsi sepenuhnya.

“Integriti dan keselamatan data pelanggan kekal sebagai keutamaan utama kami,” katanya.

Pada masa sama, bank itu menggesa pelanggannya agar segera menghubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat di talian 1300 800 800 atau 03-5526 9200 atau Pusat Respons Scam Kebangsaan di 997 sekiranya mengesyaki sebarang aktiviti yang mencurigakan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan