EKONOMI > BERITA

Premier Sarawak Bakal Sampai Ucaptama Di Persidangan Petroleum Asia Pasifik Di Singapura

07/09/2024 08:17 PM

SINGAPURA, 7 Sept (Bernama) -- Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijadual menyampaikan ucaptama semasa Persidangan Petroleum Asia Pasifik (APPEC) 2024 pada 9 Sept di Raffles City Convention Centre, di sini.

Persidangan anjuran S&P Global Commodity Insights itu antara lain akan membincangkan masa depan landskap tenaga global.

S&P Global Commodity Insights ialah bahagian S&P Global, penyedia terulung dunia bagi penarafan kredit, penanda aras, analitik dan penyelesaian aliran kerja dalam pasaran modal, komoditi, dan automotif global.

Menurut kenyataan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Abang Johari yang tiba di sini pada Sabtu untuk lawatan kerja rasmi sehingga 10 Sept, turut dijadual menerima kunjungan hormat daripada ISEAS-Yusof Ishak Institute pada Isnin.

Abang Johari juga akan mengadakan mesyuarat bersama S&P Global serta mengadakan lawatan kerja ke kampus Airbus di Seletar bersama rombongan kerajaan negeri.

Beliau dijadual berlepas pulang pada Selasa.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan