EKONOMI > BERITA

Sagar Sanjay Dilantik Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MAG Catering Operations

01/10/2024 12:21 PM

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) melantik Sagar Sanjay Dighe sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MAG Catering Operations (MCAT) berkuat kuasa 1 Nov, 2024.

Dalam satu kenyataan, Sagar akan bertanggungjawab dalam mengawasi hala tuju strategik dan pengurusan operasi bagi memastikan pertumbuhan berterusan MCAT ketika syarikat penerbangan itu mengukuhkan perniagaan bukan penerbangannya.

“Ketika kami mempelbagaikan perniagaan dan mengukuhkan operasi teras, kami terus komited untuk melabur dalam kakitangan, infrastruktur dan teknologi kami untuk memupuk pertumbuhan yang berterusan.

“Aspirasi kami adalah mengukuhkan portfolio bukan syarikat penerbangan kami untuk menyumbang 30 peratus daripada pendapatan teratas kami menjelang 2027, memantapkan kedudukan kami sebagai kumpulan perkhidmatan pengembaraan dan penerbangan terkemuka di Asia,” kata Pengarah Urusan kumpulan MAG, Datuk Kapten Izham Ismail.

Sejak penubuhannya pada September 2023, MCAT beralih daripada pusat pengedaran makanan dan minuman sementara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kepada entiti kendiri yang dinamik untuk memacu pertumbuhan dan kualiti perkhidmatan.

Pada Jun 2024, ia mengembangkan operasinya daripada hanya 36,000 kaki persegi kepada 70,900 kaki persegi, yang meningkatkan kapasiti dan kecekapan operasinya, sambil mengekalkan standard tertinggi dalam keselamatan makanan dan kepuasan pelanggan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan