PUTRAJAYA, 2 Dis (Bernama) -- Malaysia telah menyatakan kesediaannya untuk membantu Timor-Leste dalam membangunkan industri halalnya, membantu negara itu meneroka pasaran halal global yang bernilai lebih US$3 trilion.
Menurut kenyataan bersama sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmao ke Malaysia, kerjasama ini bertujuan memanfaatkan potensi yang besar, menggalakkan pertumbuhan bersama dan mengukuhkan kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara.
“Dalam meningkatkan lagi dan mempelbagaikan kerjasama ekonomi, kedua-dua pemimpin menggalakkan agensi penggalakan perdagangan dan pelaburan Malaysia dan Timor-Leste untuk meneroka peluang perdagangan dan pelaburan di kedua-dua negara,” katanya.
-- BERNAMA
ZFB NJ
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial