KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Pengukuhan berterusan ekonomi ASEAN dalam dekad lepas mempamerkan daya tahan sebenar rantau ini, ditambah pula dengan prospek ekonomi yang menjanjikan potensi, disokong oleh lokasi strategik, ekonomi yang pelbagai, dan komitmen terhadap integrasi serantau.
Dengan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) ASEAN-6 mengukuh kepada +4.8 peratus pada 2024 daripada +4.0 peratus pada 2023, dan kekal stabil pada +4.7 peratus pada 2025, rantau ini berada di kedudukan kukuh untuk mencatat pertumbuhan pantas dan pada masa yang sama mengurangkan risiko daripada ketidaktentuan geopolitik.
Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada 2025 muncul pada masa yang sesuai dengan tema "Keterangkuman dan Kemampanan" yang menandakan keperluan untuk pembangunan sosioekonomi yang padu dan kesejahteraan planet.
Dengan Maybank telahpun menerajui tema tersebut, aspirasi bersama kami adalah untuk memperkasakan ASEAN yang berpaksikan rakyat, bukan sahaja untuk 2025, tetapi melangkaui daripadanya.
Ini adalah faktor pembezaan kami, menumpukan kepada tujuan kami untuk menjadi platform dipacu nilai yang dikuasakan oleh tenaga kerja bionik yang menginsankan perkhidmatan kewangan.
Untuk melaksanakan aspirasi ini, kami menggabungkan kekuatan kami melalui empat tonggak utama iaitu, Kewangan Berasaskan Nilai, Ekonomi Inklusif untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), Kemampanan dan Impak Sosial.
Penglibatan Malayan Banking Bhd (Maybank) akan tertumpu kepada menyokong kestabilan kewangan serantau dan memudahkan perdagangan dan pelaburan rentas sempadan dalam Komuniti Ekonomi ASEAN serta mempercepatkan inisiatif pemerkasaan komuniti di seluruh rantau ini.
Kami berpeluang untuk mengukuhkan komitmen kami kepada pelbagai segmen penerima termasuk pelajar, belia, wanita, orang kurang upaya (OKU), komuniti terpinggir melalui inisiatif Beyond Banking kami dan program korporat dan PKS, MSME serta individu melalui inisiatif perbankan kami.
Komitmen kami adalah untuk menyokong inisiatif utama Kepengerusian ASEAN, termasuk menganjurkan forum kepimpinan pemikiran, perkongsian dengan kementerian dan ASEAN, dan memperkenalkan produk dan penyelesaian baharu yang akan menyesuaikan lagi persekitaran operasi.
Kami mempunyai kepakaran untuk menyelesaikan masalah ini. Melalui pemahaman mendalam kami tentang rantau ini, pendekatan holistik dan kerjasama pintar di pelbagai peringkat, kami optimis dengan prospek masa depan. Kini tiba masanya, untuk mencipta hasil yang bermakna untuk semua pemegang kepentingan kami, dan kami telahpun mencatatkan beberapa kemajuan.
Dalam usaha untuk menghubungkan ASEAN kepada dunia, kami telah meningkatkan pengembangan penawaran kewangan berasaskan nilai kami dan akan terus memacu penyelesaian mampan yang inovatif merentas pasaran utama.
Ini akan disokong oleh tujuan menjadi platform berasaskan nilai, menggabungkan ciri kemampanan dan prinsip etika ke dalam penyelesaian dan tawaran kami kepada pelanggan melalui myimpact.
Kami telah memperkenalkan pelbagai penyelesaian di bawah myimpact, dan pelancaran HERpower baru-baru ini bertujuan untuk meningkatkan portfolio PKS kami yang diterajui usahawan wanita daripada 20 peratus kepada 25 peratus menjelang 2026.
Inisiatif ini akan menyokong lebih 43 juta PKS yang diterajui wanita di rantau ini, iaitu di Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina dan Kemboja.
Kami juga sentiasa mengukuhkan kedudukan perbankan Islam global kami melalui usaha kami untuk mencapai kedudukan penerajuan dalam pengurusan kekayaan Islam di Malaysia, Singapura dan Indonesia dengan aset di bawah pengurusan (AUM) kami meningkat sebanyak 35 peratus tahun ke tahun kepada RM85.3 bilion.
Ini, merupakan antara faktor yang membantu kami mengekalkan kedudukan lima teratas dalam penerajuan global.
Selain itu, pengenalan Salaam Market sebagai platform digital sehenti yang membolehkan PKS mendapatkan produk yang diperakui halal pada harga kompetitif akan meningkatkan lagi daya saing perniagaan dalam ekonomi halal.
Untuk terus memacu pertumbuhan serantau yang mampan, kami komited memacu ekonomi inklusif, terutamanya dengan memperkasakan PKS.
Memandangkan segmen ini menjadi tulang belakang ekonomi bagi kebanyakan negara di ASEAN, Maybank akan terus menyokong PKS dengan meningkatkan tawaran kami merentas pasaran utama dengan menyediakan akses pembiayaan yang diperluas dan menyepadukan penyelesaian untuk memudahkan operasi.
Baru-baru ini, Maybank mengumumkan pelaburan strategik dalam Funding Societies | Modalku, platform kewangan digital disatu terbesar bagi PMKS di Asia Tenggara, dalam usaha menggalakkan keterangkuman dan merapatkan jurang pembiayaan dalam komuniti yang kami sediakan perkhidmatan.
Di peringkat digital, kami dapat membangunkan ekosistem perbankan digial serantau yang berupaya mewujudkan persekitaran tanpa sempadan bagi transaksi di peringkat perniagaan dan individu.
Kepimpinan yang berterusan dalam segmen ini juga menyaksikan pertumbuhan kukuh dalam pembayaran digital dengan lebih daripada 9.9 juta pelanggan digital aktif di Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina dan Kemboja.
Dalam menyokong peranan ASEAN dalam menguruskan hal ehwal serantau, khususnya subwilayah seperti Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), Maybank juga komited menjadi bank pilihan bagi transaksi Malaysia-Singapura ketika terus aktif dalam libat urus serta menghubungkan perniagaan dan kerajaan demi kepentingan bersama kedua-dua negara.
Sokongan kami termasuk usaha bersama bagi menarik pelaburan dari Singapura selain menjadi gerbang bagi tujuan pengembangan di ASEAN, termasuk membolehkan industri utama seperti pusat data, semikonduktor, pengurusan kekayaan, logistik serta pembuatan untuk terus pesat berkembang.
Dalam segmen perbankan global Maybank, kami meletakkan tumpuan tambahan untuk memacu perdagangan serta pelaburan rentas sempadan dengan meningkatkan perkhidmatan pengurusan tunai serantau bagi pelanggan menerusi suai tugas digital yang lancar.
Pada masa sama, kami kekal komited untuk berkhidmat di rantau ini dengan memudahkan persekitaran pelaburan rangsangan sambil terus mendahului jadual liga dengan menduduki tempat pertama dalam pasaran modal ekuiti ASEAN serta mengekalkan kepimpinan merentasi produk di Malaysia.
Bersandarkan jejak kukuh kami di serata rantau ini, kami berupaya menghubungkan serta memperluas akses pelanggan kepada ekonomi global.
Menerusi sokongan terhadap agenda ini, siri Invest ASEAN Maybank akan menjadi tumpuan utama dengan objektif untuk menghimpunkan pelabur utama rantau ini, kalangan individu dengan kekayaan atau bernilai tinggi, pejabat keluarga dan korporat dalam satu platform berpusat untuk tujuan libat urus dan perbincangan yang berkaitan.
Sejajar dengan kemampanan menjadi faktor kritikal dalam menjalankan perniagaan, Maybank akan memainkan peranan lebih aktif dalam transformasi di rantau ini.
Pada September 2024, kami telah melepasi angka RM100 bilion dalam kewangan mampan dan menerbitkan kertas putih mengenai perancangan penyahkarbonan merangkumi sektor tenaga, minyak sawit, keluli dan aluminium yang menekankan sasaran pelepasan interim dan strategi penyahkarbonan.
Dalam usaha kami untuk mengukuhkan ASEAN sebagai destinasi ekonomi yang menarik, kami juga menyedari mengenai keperluan memacu impak sosial yang positif di serata rantau ini.
Usaha menerusi cabang impak sosial Maybank iaitu Yayasan Maybank - satu-satunya institusi kewangan di rantau ini yang mempunyai akreditasi ASEAN dan sektor perniagaan, kami kekal utuh untuk meningkatkan komuniti melalui inisiatif “Beyond Banking” atau melangkaui perbankan serta usaha perbankan kami.
Setakat ini, Maybank telah meningkatkan kehidupan sebanyak 2.13 juta orang di seluruh ASEAN dengan jumlah pelaburan sosial sebanyak RM354.73 juta.
Ini termasuk perkhidmatan kepada kepada pihak berkepentingan kami menerusi tiga tonggak utama – memperkasa pendidikan, pemerkasaan komuniti dan kepelbagaian alam sekitar di bawah inisiatif “Beyond Banking”.
Tidak ketinggalan, sumbangan melalui Pembiayaan Sosial Islam seperti zakat, wakaf dan pembiayaan Islam.
Di bawah inisiatif perbankan setakat ini, Maybank telah mengagihkan pembiayaan sebanyak RM43.54 bilion kepada 836,537 individu dan 122,766 perusahaan kecil dan sederhana.
Kami juga telah menyediakan liputan insurans Etiqa yang berpatutan kepada kira-kira 745,000 pelanggan daripada kalangan B40 dan yang memerlukan.
Dalam memastikan pembentukan nilai bagi rantau ini, Maybank telah melaksanakan pendekatan bagi meningkatkan kemampuan pekerjanya.
Menerusi tenaga kerja Maybank yang berteraskan ASEAN dengan 99 peratus daripadanya dari kalangan negara-negara ASEAN, kami mempunyai pekerja kalis masa depan dan berada pada kedudukan kukuh untuk terus menyumbang kepada kejayaan rantau ini.
Sebanyak 25 peratus daripada pekerja kami kini dalam peranan generasi akan datang, dilengkapi dengan kemahiran data, digital dan teknologi maklumat, malah kami akan terus meningkatkan kemahiran ini melalui program pembangunan bakat yang komprehensif.
Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia akan mengukuhkan kedudukan rantau ini sebagai blok ekonomi yang berdaya saing dan seterusnya dapat melonjakkan perhubungan dengan ekonomi global.
Maybank akan memainkan peranan dalam menyokong kepengerusian itu, memanfaatkan peluang ekonomi baharu yang berpihak kepada negara-negara di Asia Tenggara sambil mengukuhkan prospek pertumbuhan sosioekonomi di keseluruhan rantau ini.
-- BERNAMA
Komentar oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank Datuk Khairussaleh Ramli
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial