EKONOMI > BERITA

LBS Bina Berbincang Mengenai HOA Menjelang Penyahsenaraian Nylex

10/03/2025 08:38 PM

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- LBS Bina Group Bhd (LBS Bina) sedang mengadakan perbincangan mengenai pelbagai perkara berkaitan perjanjian induk dasar (HOA) susulan penyahsenaraian Nylex (Malaysia) Bhd daripada Bursa Malaysia yang dijadualkan esok.

HOA itu masing-masing antara LBS, Ancom Lynex Bhd, Nylex, Sinar Bina Infra Sdn Bhd dan BTS Group Holdings Public Company Ltd.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, LBS Bina berkata perbincangan itu mempertimbangkan dengan teliti fakta berkaitan, keadaan semasa dan perkembangan mengenai HOA bagi menentukan tindakan seterusnya yang sesuai diambil.

Nylex dijadualkan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia berikutan kegagalan syarikat tersebut menyerahkan pelan penyusunan semula tepat pada masanya.

Syarikat tersebut tidak aktif sejak menjual perniagaannya kepada syarikat induknya, Ancom Bhd yang dinamakan semula sebagai Ancom Nylex Bhd pada Januari 2022.

Selepas melupuskan aset dan liabilitinya kepada Ancom, Nylex mengemukakan cadangan untuk melaksanakan pembangunan bersepadu di Johor Bahru yang menyaksikan sistem transit aliran ringan (LRT) disambungkan ke stesen sistem transit rapid (RTS).

Kemudian, ia memasuki ke dalam HOA pada Mac 2022.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan