EKONOMI > BERITA

Saham Kerjaya Prospek Rendah Dalam Dagangan Awal

11/03/2025 11:31 AM

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Harga saham Kerjaya Prospek Group Bhd susut pada sesi dagangan awal hari ini walaupun anak syarikat milik penuhnya telah memperoleh kontrak kedua tahun ini.

Setakat 10.33 pagi, kaunter itu susut sembilan sen kepada RM1.98 dengan 202,800 saham didagangkan.

Semalam, Kerjaya Prospek (M) Sdn Bhd telah dianugerahkan kontrak RM51.03 juta oleh Persada Mentari Sdn Bhd (PMSB) untuk kerja cerucuk dan kerja tanah di cadangan projek pangsapuri perkhidmatan di Bandar Tanjung Pinang, Pulau Andaman, Pulau Pinang.

Kenanga Investment Bank Bhd dalam nota penyelidikan berkata ia percaya bahawa kontrak itu adalah positif untuk kumpulan kerana membawa jumlah kontrak tahun diperoleh setakat ini kumpulan kepada RM307.4 juta berbanding andaian penambahan pekerjaan tahun kewangan 2025 sebanyak RM1.8 bilion dan sasaran pengurusan sebanyak RM1.6 bilion.

“Jumlah nilai perolehan kontrak tertunggak semasa kumpulan berjumlah RM4.05 bilion, ia akan membuatkan syarikat itu sibuk untuk melakukan pelbagai kerja bagi tiga tahun akan datang,” kata bank pelaburan itu.

Secara keseluruhannya, Kenanga telah mengekalkan penarafan ‘market perform’ pada kumpulan itu, disokong oleh hasil dividen tinggi sehingga lima peratus berdasarkan pembayaran dividen tetapnya.

Bank pelaburan itu juga telah meletakkan harga sasaran sebanyak RM2.10 seunit untuk saham Kerjaya Prospek berikutan tumpuan kumpulan itu terhadap sektor bangunan bertingkat tinggi yang kini terkesan oleh lebihan bekalan di segmen pejabat dan kediaman.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan