BELANJAWAN 2024 > BERITA

Pesawat Trump Buat Pendaratan Tidak Dijangka Selepas Masalah Mekanikal

10/08/2024 07:42 PM

WASHINGTON, 10 Ogos (Bernama-Sputnik) -- Pesawat bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump melakukan pendaratan yang tidak dijangka di Billings, Montana, kerana masalah mekanikal, lapor Sputnik, memetik sekutu NBC tempatan KTVH.

Pesawat Trump mendarat di Billings menjelang perhimpunan kempen di Bozeman, Montana, pada petang Jumaat, menurut laporan itu.

Laporan itu turut menyertakan rakaman video pendaratan dan pesawat Trump sedang bergerak di landasan lapangan terbang Billings, yang terletak kira-kira 140 batu dari Bozeman.

Trump dijangka terbang ke Bozeman dengan pesawat lain, tambah laporan itu.

Trump berkata dalam video yang dimuat naik di platform media sosial Truth bahawa beliau telah mendarat di Montana, sambil menyebut negeri itu sebagai "tempat yang sangat indah", tetapi tidak menyatakan tentang pendaratan yang tidak dijangka di Billings.

-- BERNAMA-SPUTNIK


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan