BELANJAWAN 2024 > BERITA

SUKMA 2024: Sarawak Mara Ke Separuh Akhir Singles Wanita, Pairs Lelaki Boling Padang

15/08/2024 10:25 PM

KUCHING, 15 Ogos (Bernama) -- Skuad boling padang Sarawak mengesahkan slot separuh akhir dalam acara singles wanita dan pairs lelaki pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 hari ini.

Pada aksi di Arena Lawn Bowls di sini, Dayang Nur Alia Sharmiela Abang Gadisa layak ke separuh akhir acara singles wanita selepas menjuarai kumpulan J.

Lawan Dayang Nur Alia Sharmiela esok ialah wakil Terengganu Nur Ain Kemilia Sukri yang menewaskan Dania Ariesya Che Rosenizam dari Pahang 21-9 dalam aksi play-off separuh akhir.

Satu lagi aksi play-off separuh akhir bakal menemukan juara kumpulan K, Nur Najla Damia Mustakim dari Selangor  dan wakil Wilayah Persekutuan Nur Syafira Muhammad Rezuan yang mara selepas menewaskan Siti Noor Aisyah Abdul Aziz (Perak) 21-2.

Acara pairs lelaki pula menyaksikan gandingan Mohammad Aryan Nazrullah Nazaruddin-Muhammad Ramadhan Mohamad Jeffy layak ke separuh akhir selepas menumbangkan wakil Pahang, Harrish Khusairy Abdul Khalil-Muhammad Ammar Mazlizal 19-7 di pusingan play-off.

Wakil tuan rumah akan berdepan juara kumpulan J, Terengganu yang diwakili Muhammad Haziq Mat Yusoff-Wan Muhammad Haikal Wan Ruzali.

Johor diwakili Akmal Darwisy Abdul Rahim-Amirul Danial Abdul Rahim selaku juara Kumpulan D dijadual berdepan gandingan Faris Syuhairil Ahmad Syukri-Muhammad Adiq Azman dari Wilayah Persekutuan yang terdahulu menewaskan wakil Sabah 14-8.

Bagi acara fours wanita, juara Kumpulan Q, Pahang akan bertemu Kedah manakala juara kumpulan R, Selangor akan bertemu Sabah dalam aksi separuh akhir.

Sabah mara ke separuh akhir selepas menang tipis menentang Terengganu 12-11 manakala Kedah menewaskan Perak 18-2 dalam aksi play-off.

Sementara itu, dalam acara triples lelaki separuh akhir bakal menyaksikan pertembungan antara Selangor yang merupakan juara kumpulan E menentang Wilayah Persekutuan manakala juara kumpulan F, Terengganu bakal bertemu Johor bagi perebutan slot final.

-- BERNAMA 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan