BELANJAWAN 2024 > BERITA

Pelabuhan Kuantan Berpotensi Dibangunkan ‘Homeport’ Kapal Persiaran

15/08/2024 10:46 PM

KUANTAN, 15 Ogos (Bernama) —  Pelabuhan Kuantan dikenal pasti berpotensi untuk dijadikan sebagai ‘homeport’ atau pangkalan kapal persiaran bagi kawasan Pantai Timur sekali gus bakal mewujudkan limpahan ekonomi kepada negara dan penduduk setempat, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke. 

Beliau berkata pelancongan kapal pelayaran mempunyai nilai ekonomi tinggi untuk dibangunkan memandangkan lebih ramai pengembara akan menginap dan berbelanja di sini.

Menurutnya ketika ini belum ada terminal pelayaran khusus di Pantai Timur dan memandangkan sudah ada pelabuhan di sini maka dicadangkan Pelabuhan Kuantan boleh dinaik taraf dengan kemudahan sesuai  termasuk terminal penumpang dan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ).

“Pelabuhan Kuantan dilhat sebagai strategik kerana lokasinya terletak  di tengah laluan pelayaran kapal persiaran di Laut China Selatan khususnya dari Singapura ke Bangkok-Vietnam dan kembali ke Singapura,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Penutup Persidangan Antarabangsa Pelabuhan  Kuantan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah di sini hari ini.

Loke berkata bagi menjayakan usaha itu, bukan sahaja usaha Kementerian Pengangkutan dan Pelabuhan Kuantan tetapi ia juga memerlukan kerjasama kerajaan negeri khususnya Tourism Pahang untuk mempromosikan Pahang kepada syarikat-syarikat kapal persiaran.

Katanya satu jawatankuasa teknikal telah ditubuhkan oleh kementeriannya dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sebelum ini bagi mempercepatkan pertumbuhan industri kapal persiaran di negara ini.

Beliau berkata antara lain, peranan jawatankuasa itu adalah memacu dan memudah cara pergerakan penumpang dan singgahan kapal persiaran agar lebih cepat dan efektif.

— BERNAMA

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


SKMS SKMS DC


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan