BELANJAWAN 2024 > BERITA

Sao Paulo Isytihar Darurat Susulan Kebakaran Di Brazil

26/08/2024 01:45 PM

RIO DE JANEIRO, 26 Ogos (Bernama-dpa) -- Kebakaran yang melanda tenggara Brazil mendorong kerajaan negeri São Paulo mengisytiharkan darurat di 45 kawasan perbandaran pada Ahad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Lebih 15,000 anggota bomba dan sukarelawan, disokong pesawat tentera berusaha memadamkan kebakaran, menurut pihak berkuasa.

Pihak berkuasa turut memaklumkan bahawa dua individu ditahan atas tuduhan melakukan pembakaran dengan sengaja.

Bandar Ribeirão Preto yang terletak kira-kira 300 kilometer di utara São Paulo turut terjejas teruk. Media tempatan melaporkan asap tebal menyelubungi sebahagian besar wilayah itu.

Data Institut Penyelidikan Angkasa Kebangsaan Brazil (INPE) menunjukkan bahawa 3,175 kebakaran direkodkan di São Paulo antara 1 hingga 23 Ogos.

Agensi berita Agência Brasil melaporkan bahawa angka itu mencatat kes kebakaran tertinggi pada Ogos sejak 1998.

Wilayah Amazon Brazil turut mengalami kebakaran hingga menjejaskan kawasan Pantanal dan Cerrado.

-- BERNAMA-dpa


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan