BELANJAWAN 2024 > BERITA

Filipina Kesan 2 Lagi Kes Baharu Mpox

26/08/2024 06:11 PM

MANILA, 26 Ogos (Bernama-Xinhua) -- Filipina mengesan dua lagi kes baharu Mpox, menjadikan jumlah kes aktif di negara itu meningkat kepada tiga setakat ini, lapor Xinhua memetik kenyataan Jabatan Kesihatan (DOH) pada Isnin.

Jurucakap DOH, Penolong Setiausaha Albert Domingo berkata kes baharu itu membabitkan dua lelaki, masing-masing berusia 37 tahun dan 32 tahun dari Metro Manila.

Lelaki berusia 37 tahun itu kini sedang dirawat di hospital, manakala lelaki berusia 32 tahun berada di rumah sambil menunggu keputusan ujian pengesahan sampel kulit.

“Kedua-dua mereka dijangkiti MPXV Clade II yang merupakan strain virus Mpox yang lebih ringan,” kata Domingo.

Dengan pengesanan kes baharu ini, Filipina kini mencatatkan 12 kes Mpox sejak Julai 2022.

"Sembilan kes pulih sejak 2023. Tiga kes masih aktif," kata Domingo.

Setiausaha Kesihatan Filipina, Teodoro Herbosa berkata bahawa penularan tempatan Mpox Clade II terus berlaku di Filipina, terutamanya di Metro Manila.

Pada 14 Ogos, Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan wabak Mpox sebagai "kecemasan kesihatan awam yang menjadi kebimbangan antarabangsa."

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan