BELANJAWAN 2024 > BERITA

Kakak Premier Sarawak Meninggal Dunia

27/08/2024 02:21 PM

KUCHING, 27 Ogos (Bernama) -- Dayang Meliah Tun Openg, kakak kepada Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg meninggal dunia awal pagi tadi.

Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) dalam kenyataan memaklumkan Dayang Meliah yang berusia 89 tahun menghembuskan nafas terakhir kira-kira 1.50 pagi di Pusat Perubatan Pakar Normah di sini.

“Jenazah kini ditempatkan di kediaman keluarganya di Jalan Muhibbah bagi penghormatan terakhir bersama ahli keluarga terdekat,” menurut kenyataan itu.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang hari ini. 

Allahyarham Dayang Meliah ialah anak ketiga daripada 10 adik-beradik.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan