BELANJAWAN 2024 > BERITA

Tanah Jerlus: Operasi SAR Guna Kamera Di Dua Lurang Kumbahan

27/08/2024 04:19 PM

KUALA LUMPUR 27 Ogos (Bernama) -- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang hilang dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India menggunakan teknologi kamera bagi mengesan keberadaan mangsa.

Bernama difahamkan, operasi itu dijalankan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melibatkan dua lurang kumbahan iaitu di Jalan Melayu dan Bulatan Kinabalu di sini.

Kerja-kerja dipercayai menggunakan rod tunjal (push rod) dan kamera 'crawler' sedang giat dilakukan.

Tinjauan Bernama turut mendapati proses penggalian tanah di sekitar lokasi kejadian menggunakan jentolak sedang dilaksanakan dalam operasi itu yang memasuki hari kelima.

Mangsa yang merupakan pelancong dari Kuppam, Andhra Pradesh dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter susulan tanah jerlus pada 8.22 pagi, Jumaat lepas.

Wanita itu yang melawat negara ini bersama keluarga, sedang berjalan kaki di kawasan tersebut untuk ke sebuah kuil berhampiran sebelum kejadian.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan