BELANJAWAN 2024 > BERITA

Allianz Malaysia Menyokong OKU Menerusi Program Pemerkasaan Ekonomi Di Sabah, Selangor

27/08/2024 07:56 PM

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) menerusi cabang Tanggungjawab Sosial Korporatnya (CSR) Allianz4Good, menyokong Program Pemerkasaan Ekonomi (EEP) Sabah Cheshire Home and Services (Sabah Cheshire Home) dan Selangor Cheshire Home and Services (Selangor Cheshire Home).

Syarikat itu dalam kenyataan hari ini memaklumkan EEP menawarkan latihan vokasional kepada pelatih orang kurang upaya (OKU) untuk melengkapkan mereka dengan kemahiran yang diperlukan bagi meningkatkan kebolehpasaran.

"Sumbangan Allianz Malaysia antara lain meliputi kos latihan, penginapan dan pengangkutan semasa sesi praktikal pelatih dan bimbingan kerja untuk EEP bagi kedua-dua organisasi," menurut kenyataan itu. 

Menerusi EEP Sabah Cheshire Home, seramai 15 pelatih OKU akan menjalani latihan selama sembilan bulan termasuk tiga bulan latihan industri dan bimbingan kerja, bagi memperoleh Sijil Latihan Kemahiran untuk Pastri.

Latihan yang diberikan termasuk amalan kesihatan dan keselamatan, penyediaan pastri serta jualan dan pemasaran. 

Sementara itu, 20 pelatih OKU akan menjalani latihan selama empat bulan di EEP Selangor Cheshire Home dengan tambahan satu bulan latihan industri dan bimbingan kerja, membabitkan bidang pembuatan pastri, memasak, pengemasan, hospitaliti dan operasi kafe selain pembinaan sahsiah diri. 

Sementara itu, Ketua Allianz4Good Ng Siew Gek berkata sokongan terhadap EEP Sabah Cheshire Home dan Selangor Cheshire Home diharap dapat melengkapkan pelatih OKU dengan kemahiran yang diperlukan untuk mendapatkan pekerjaan dan mencapai kebebasan kewangan pada masa hadapan iaitu selepas mereka menamatkan pengajian.

Presiden Selangor Cheshire Home Datin Paduka Khatijah Sulaiman menerusi kenyataan sama, mengalu-alukan program tersebut serta sokongan daripada Allianz Malaysia.

"Sokongan Allianz Malaysia terhadap program kami memperkasakan OKU muda kami dengan kemahiran yang diperlukan, dapat menawarkan laluan kepada tenaga kerja dan kebebasan kewangan,” katanya.

Presiden Sabah Cheshire Home Lawrence Hee Qui Shing yang berterima kasih kepada Allianz Malaysia berharap inisiatif itu memberikan inspirasi kepada syarikat lain untuk menyokong program yang menyediakan peluang kepada OKU muda mengembangkan kemahiran mereka.

-- BERNAMA

 

Penafian: Ini adalah artikel advertorial berbayar. BERNAMA tidak bertanggungjawab terhadap kandungan, ketepatan dan pendapat yang disiarkan dalam artikel ini. 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan