BELANJAWAN 2024 > BERITA

Tanah Jerlus: Pasukan SAR Kekal Komited Di Hari Kelima, Fokus Pencarian Di Loji Kumbahan- DBKL

27/08/2024 10:44 PM

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India ditangguhkan sementara pada 7.30 petang ini, susulan cuaca hujan lebat di kawasan kejadian iaitu di Jalan Masjid India di sini.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan malam ini memaklumkan operasi SAR hari ini, memfokuskan kerja pencarian di kawasan terakhir lurang kumbahan iaitu loji kumbahan di Pantai Dalam.

“Hasil daripada pencarian tersebut adalah negatif.

“Pasukan SAR juga sedang dalam tindakan memecahkan dinding (atas) lurang di lokasi kejadian untuk mendapatkan kebolehlihatan yang lebih jelas di dalam lurang,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan pasukan SAR turut menggunakan kaedah Ground Penetrating Radar (GPR) yang dijalankan oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) di kawasan sekitar Masjid India, bagi menilai keadaan tanah.

Selain itu, kaedah GPR turut dilaksanakan Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) di sekitar kawasan lubang benam.

“Kerja-kerja survei oleh JMG bermula dari pintu gerbang Masjid India ke hadapan kawasan masjid di mana liputan survei adalah 65 meter. 

“Kerja-kerja tersebut akan bersambung pada esok hari,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan