BERITA TERGEMPAR   ACE Market-bound Solar District Cooling Group Bhd aims to raise RM45.09 million from IPO; scheduled to list on Sept 19, 2024 | 
 BELANJAWAN 2024 > BERITA

Tanah Jerlus: Anggota SAR Teruskan Pencarian Di Stesen Pam Loji IWK Pantai Dalam

28/08/2024 12:27 PM

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Dua anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sekali lagi memasuki stesen pam di Loji Indah Water Konsortium Pantai Dalam di sini pagi tadi dalam usaha mengesan mangsa tanah jerlus Jalan Masjid India.

Kedua-duanya yang lengkap memakai topeng dan tangki oksigen selain topi keselamatan memasuki stesen pam berkenaan pada kira-kira 10.30 pagi tadi dan keluar 20 minit kemudian.

Bagaimanapun, setakat tengah hari ini masih tiada petunjuk positif ditemukan mengenai keberadaan mangsa di lokasi berkenaan.

Stesen pam berkenaan turut dimasuki pasukan SAR semalam.

Hari ini ialah hari keenam misi mencari pelancong wanita warga India dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, yang terjatuh ke lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan