BELANJAWAN 2024 > BERITA

Exco Pelancongan Perlis Kembali Bertugas Seperti Biasa - MB

28/08/2024 07:00 PM

KANGAR, 28 Ogos (Bernama) -- Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Perlis Wan Badariah Wan Saad telah kembali bertugas minggu lepas.

Beliau sebelum ini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini selepas mengalami komplikasi jantung dan paru-paru.

Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli berkata portfolio Wan Badariah, 48, yang digalas dua Exco iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Kemajuan Sukan Perlis Wan Zikri Afthar Ishak dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Perlis Megat Hashirat Hassan sudah diserahkan semula kepada beliau.

“(Wan Badariah) dah okey, dia dah masuk bertugas seperti biasa dan tanggung kerja pun semua dah selesai, portfolio tugas dah serah balik,” kata Mohd Shukri kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Pada 15 Mei lepas, Bernama melaporkan Wan Badariah yang juga memegang portfolio Pemerkasaan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu ditidurkan pada petang 14 Mei akibat penyakit tersebut.  

Wan Badariah merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mata Ayer daripada parti PAS.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan