BELANJAWAN 2024 > BERITA

PM Ajak Rakyat Malaysia Sokong Kontinjen Negara Di Sukan Paralimpik Paris

29/08/2024 11:06 AM

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia menyatakan sokongan kepada kontinjen paralimpik yang akan berjuang menggalas tugas negara pada Sukan Paralimpik Paris 2024, yang membuka tirai secara rasmi semalam.

“Masanya telah tiba untuk kita nyatakan sokongan kepada kontinjen Paralimpik Malaysia! 

“Selamat maju jaya buat semua atlet negara. Doa seluruh rakyat Malaysia mengiringi langkah kalian di Paris!,” kata Anwar menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.

Malaysia menghantar 30 atlet daripada lapan jenis sukan untuk beraksi pada Sukan Paralimpik Paris 2024 yang akan berakhir 8 Sept ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan