BELANJAWAN 2024 > BERITA

Pos Malaysia Hantar Pulang Barangan Peribadi Nur Farah Kartini Ke Sarawak

29/08/2024 09:39 PM

IPOH, 29 Ogos (Bernama) -- Pos Malaysia mengambil inisiatif menghantar barangan milik bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah ke kampung halamannya di Sarawak. 

Satu majlis ringkas penyerahan barangan milik Allahyarham berupa pakaian, beg, buku dan pelbagai barangan peribadi diadakan di Bangunan Canselori, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI di Tanjung Malim pagi tadi oleh Naib Canselor UPSI Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff kepada pihak Pos Malaysia.

Pengurus Besar Pos Malaysia Negeri Perak Noorzuriha Haron Noh Rashid berkata barangan itu dijangka tiba di rumah ibu Allahyarham, Siti Salmah Abdullah di Kampung Lereng Bukit, Miri, Sarawak pada pagi Selasa. 

"Bagi pihak Pos Malaysia, kami bersimpati dengan nasib yang menimpa Allahyarham dan keluarganya. Justeru, ini sumbangan kemanusiaan Pos Malaysia buat keluarga Allahyarham," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Md Amin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pos Malaysia yang menggerakkan misi ihsan berkenaan, sekali gus mencerminkan nilai kasih sayang rakyat Malaysia.

Nur Farah Kartini, 25, dilaporkan hilang pada 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan sebelum mayatnya ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit di Hulu Selangor kira-kira 6 petang pada 15 Julai.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan