BELANJAWAN 2024 > BERITA

Warga Emas Terjatuh Sungai Ketika Memancing Ditemukan Lemas

31/08/2024 01:17 AM

KUALA TERENGGANU, 30 Ogos (Bernama) -- Seorang warga emas ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika memancing di Jeti Kampung Hiliran di sini hari ini. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu Rozizah Abni Hajar berkata mangsa dikenali sebagai Ahmad Ramzi Mohamad, 66, dari Kampung Seberang Baruh, Chabang Tiga di sini.

“Bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 4.48 petang tadi sebelum menggerakkan 14 anggota termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dan dua jentera dari BBP Kuala Terengganu dan BBP Jalan Kota ke lokasi. 

“Tindakan PPDA membuat selaman di kawasan mangsa disyaki terjatuh membuahkan hasil apabila mangsa ditemukan pada kedalaman dua meter di lokasi kejadian pada 5.55 petang,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. 

Rozizah berkata mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi pencarian ditamatkan pukul 6.27 petang. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan