BELANJAWAN 2024 > BERITA

Paralimpik Paris: Anwar Ucap Tahniah Kepada Liek Hou Rangkul Emas Pertama

03/09/2024 11:10 AM

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou yang menyumbang pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Paralimpik Paris 2024.

Liek Hou muncul juara menerusi acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) setelah menewaskan wakil Indonesia Suryo Nugroho 21-13, 21-15 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Porte de la Chapelle Arena, Paris, malam tadi sekali gus mempertahankan pingat emas yang dirangkul pada Paralimpik Tokyo 2020.

Menerusi hantaran platform X hari ini, Anwar berkata pencapaian itu sangat membanggakan kerana telah mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

“Kita beroleh pingat emas pertama di #Paralympic2024! Lebih membanggakan kerana saudara Cheah Liek Hou berjaya mempertahankan pingat emas yang dirangkul pada Paralimpik lalu.

“Tahniah! Saudara mengharumkan nama Malaysia di persada dunia!” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan