BELANJAWAN 2024 > BERITA

Trinity Group Lancar Projek Trinity Rainfora Dengan GDV RM388 Juta Di Puchong

04/09/2024 06:37 PM

PUCHONG, 4 Sept (Bernama) -- Trinity Group memperkenalkan projek pembangunan mercu tanda terbaharunya, Trinity Rainfora dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM388 juta.

Pengasas dan Pengarah Urusan Trinity Group Sdn Bhd Datuk Neoh Soo Keat berkata pembangunan kondominium 31 tingkat itu dibina di atas tanah pegangan bebas seluas 0.97 hektar terletak di Bandar Kinrara 5, Puchong dan mempunyai 535 unit kediaman antara 68.66 meter persegi (m persegi) hingga 110 m persegi

“Dijadualkan siap pada 2028, harga bagi Trinity Rainfora bermula daripada RM530,000 untuk unit seluas 68.66 meter persegi. Trinity Rainfora menawarkan nilai yang tiada tandingan dalam pasaran semasa dan disasarkan kepada golongan kelas menengah atas dan profesional muda,” katanya kepada pemberita semasa pelancaran projek itu di sini, hari ini.

Sempena pelancaran itu, Trinity Group juga memperkenalkan Program ‘Gold Assurance’, menawarkan jaminan terbaik kepada pembeli rumah, tertakluk kepada terma dan syarat tertentu, kata Neoh.

Selain itu, Neoh berkata program tersebut termasuk tempoh liabiliti kecacatan selama 36 bulan, melangkaui standard industri selama 24 bulan.

“Waranti 10 tahun untuk kebocoran bumbung, melepasi perlindungan kebiasaan selama dua tahun dan waranti lima tahun untuk kerosakan jubin, kebiasaannya diberi waranti dua tahun,” katanya.

Neoh berkata Program ‘Gold Assurance’ menjadi daya tarikan kerana menawarkan tahap keselamatan dan keyakinan yang lebih tinggi untuk pemilik rumah, memastikan bukan sahaja kualiti tetapi juga ketenangan fikiran.

“Menerusi program tersebut, Trinity Rainfora memberikan pembeli ketenangan fikiran dan nilai jangka panjang. Pembangunan itu bukan sahaja menawarkan ruang kediaman selesa, ia juga mencerminkan komitmen kumpulan ini terhadap kemampanan dan inovasi.

Trinity Rainfora berdekatan stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Kinrara BK5, jaraknya hanya 400 meter dan kawasan kediaman itu mempunyai akses jalan raya ke Lebuhraya Bukit Jalil, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuhraya Shah Alam (KESAS), menyediakan banyak pilihan untuk perjalanan ke Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

Orang ramai yang berminat dan mahu maklumat lebih lanjut mengenai Trinity Rainfora boleh melayari tapak web di https://rainfora.com.my/ manakala butiran lanjut mengenai kempen Trinity Gold Assurance boleh diperoleh di https://www.trinitygroup.com.my/gold-jaminan/.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan