BELANJAWAN 2024 > BERITA

Malaysia, Rusia Setuju Komuniti Antarabangsa Perlu Tingkat Tekanan Tamatkan Kempen Genosid Israel Di Gaza - PM Anwar  

04/09/2024 11:02 PM

Daripada Niam Seet Wei

VLADIVOSTOK (Russia), 4 Sept (Bernama) -- Malaysia dan Rusia telah bersetuju bahawa masyarakat antarabangsa mesti meningkatkan tekanan untuk menamatkan kempen genosid Israel di Gaza, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar juga telah menyatakan harapan supaya Rusia akan meneruskan usaha yang membina ke arah penyelesaian aman dan mampan terhadap konflik di Ukraine, bersandarkan kepada asas untuk perdamaian yang dirundingkan.

“Melalui libat urus berterusan, saya percaya kita boleh memperdalam pemahaman kita pada masa yang mencabar ini,” katanya dalam catatan di X, hari ini.

Anwar mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Rusia Vladimir Putin di sini hari ini.

Pertemuan dua hala itu bersempena dengan lawatan kerja dua hari Anwar ke Rusia dan Perdana Menteri dijadualkan menyampaikan ucapan pada sidang pleno Forum Ekonomi Timur (EEF) kesembilan, esok.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan