BELANJAWAN 2024 > BERITA

Media Rasmi Palestin Kecam Tindakan Israel Tahan Koresponden Televisyen

05/09/2024 06:11 PM

RAMALLAH, 5 Sept (Bernama-WAFA) -- Media rasmi Palestin pada Rabu mengutuk penahanan koresponden televisyen Palestin TV Ali Dar Ali selepas tentera Israel menyerbu rumahnya di Kampung Burham, barat laut Ramallah.

Media rasmi itu mengesahkan dalam satu kenyataan akhbar mengenai penahanan dan penyalahgunaan kuasa terhadap wartawan itu tidak menjejaskan semangat stafnya dalam menjalankan tugas mereka untuk rakyat Palestin dan perjuangan mereka atau daripada mendedahkan perbuatan dan jenayah dilakukan Israel, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).

Ini menunjukkan penahanan Ali Dar Ali adalah sebahagian daripada penyasaran meluas Israel terhadap media Palestin, terutamanya media rasmi, bagi menyembunyikan kebenaran dan  menakutkan wartawan, khususnya di tengah-tengah serangan berterusan terhadap warga Palestin di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat, termasuk Baitulmuqaddis.

Media rasmi itu menggesa  Persekutuan Wartawan Antarabangsa untuk memberikan perlindungan kepada wartawan, terutamanya berdasarkan situasi sukar dihadapi warga Palestin kerana serangan berterusan, agar mereka dapat terus menyampaikan kebenaran dan mendedahkan pendudukan dan jenayahnya kepada dunia.

-- BERNAMA-WAFA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan