BELANJAWAN 2024 > BERITA

Urusan Bekalan, Perkhidmatan Melalui Sistem e-Perolehan, iGFMAS Elak Penipuan - DOA

09/09/2024 10:39 AM

PUTRAJAYA, 9 Sept (Bernama) -- Jabatan Pertanian Malaysia (DOA) menasihati semua pihak yang terlibat dalam urusan bekalan dan perkhidmatan supaya menggunakan Sistem e-Perolehan dan iGFMAS untuk setiap permohonan bekalan dan perkhidmatan.

Dalam kenyataan hari ini, DOA maklumkan bahawa pihak yang terlibat, terutama syarikat pembekal, disaran menghubungi jabatan itu terlebih dahulu sebelum membuat sebarang bekalan dan perkhidmatan yang dikemukakan oleh pihak-pihak tertentu bagi mengelakkan kes penipuan yang sama daripada berulang.

Ini susulan aduan yang diterima mengenai kes penipuan pesanan kerajaan oleh pihak tertentu yang menggunakan logo DOA untuk memperdaya syarikat dalam menyediakan bekalan dan perkhidmatan.

"Taktik licik oleh pihak tertentu itu telah menyebabkan syarikat pembekal terpedaya dan mengalami kerugian kerana tiada sebarang permohonan bekalan dan perkhidmatan yang dibuat oleh DOA," menurut kenyataan itu, di sini.

DOA memaklumkan bahawa isu ini dipandang serius kerana ia boleh menimbulkan tanggapan negatif terhadap jabatan dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan