BELANJAWAN 2024 > BERITA

89 Kontinjen Sertai Istiadat Perbarisan Sempena Sambutan Hari Jadi TYT Sabah

30/09/2024 09:52 PM

KOTA KINABALU, 30 Sept (Bernama) -- Sebanyak 89 kontinjen akan menyertai Istiadat Perbarisan sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-71 Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, Sabtu ini. 

Timbalan Ketua Menteri II Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan berkata semua lapisan masyarakat dijemput untuk bersama-sama memeriahkan sambutan itu di Padang Merdeka di sini yang dijadual bermula 6.30 pagi.

Beliau berkata istiadat perbarisan itu disertai wakil jabatan kerajaan, swasta, persatuan, pelajar institut pengajian tinggi dan pelajar sekolah.

“Tiga siri raptai akan diadakan mulai esok bagi memastikan kelancaran perjalanan istiadat perbarisan itu.

"Acara ini di bawah seliaan Jawatankuasa Pelaksana Dewan Bandaraya Kota Kinabalu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Joachim berkata sebanyak 12 acara dirancang untuk memeriahkan sambutan, dengan persiapan telah dimulakan sejak awal Mei lepas.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan