BELANJAWAN 2024 > BERITA

Putin Rombak Majlis Keselamatan Rusia

01/10/2024 10:18 AM

MOSCOW, 1 Okt (Bernama-Xinhua) -- Presiden Rusia Vladimir Putin merombak Majlis Keselamatan Rusia pada Isnin dengan memperkenalkan beberapa ahli baharu penting, lapor Xinhua.

Menurut dekri presiden, empat pegawai baharu telah dilantik ke dalam majlis itu iaitu Pembantu Presiden Alexey Dyumin, Timbalan Perdana Menteri Pertama Denis Manturov, Ketua Agensi Perubatan-Biologi Persekutuan Veronika Skvortsova, dan Ketua Direktorat Program Khas Presiden Alexander Linets.

Sementara itu, Putin telah menggugurkan Vladimir Yakushev daripada Majlis Keselamatan.

Majlis Keselamatan Rusia merupakan badan penasihat perlembagaan yang membantu presiden dalam membuat keputusan berkaitan keselamatan negara dan perkara strategik.

--BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan