BELANJAWAN 2024 > BERITA

MCMC Lancar IUS 2024 Analisis Trend Penggunaan Internet Malaysia

01/10/2024 10:15 PM

PUTRAJAYA, 1 Okt (Bernama) -- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) melancarkan Kaji Selidik Pengguna Internet 2024 (IUS 2024) dengan tujuan memahami tabiat dan trend penggunaan internet di Malaysia.

Kaji selidik bermula hari ini hingga 31 Dis dan dijalankan melalui dua kaedah iaitu secara dalam talian dan perbualan telefon.  

MCMC dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan data yang dikumpul melalui platform dalam talian, dijamin penggunaan melalui enskripsi Secure Sockets Layer (SSL), yang dilindungi oleh pangkalan data tempatan yang dilindungi kata laluan, selain alamat Protokol Internet (IP) dijamin tidak dikumpul.

“Matlamat kaji selidik ini semata-mata bagi tujuan pengumpulan data. Tiada data peribadi seperti nama, kad debit atau kredit mahupun data bank yang dikumpul. Tiada caj dikenakan. Penyertaan secara sukarela dan kerjasama orang awam amat dihargai,’’ menurut MCMC.   

Pengguna Malaysia yang berumur 15 dan ke atas dipelawa mengambil bahagian dalam kaji selidik ini melalui portal atau kod QR atau melalui pautan https://survey.zohopublic.com/zs/3OCOZ.

Sebarang perubahan tempoh kaji selidik akan diumumkan oleh MCMC melalui http://www.mcmc.gov.my.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan