BELANJAWAN 2024 > BERITA

Kejohanan E-Sukan Tawar Hadiah Sehingga RM70,000 Sempena HSN 2024

04/10/2024 08:36 PM

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Hadiah keseluruhan berjumlah RM70,000 menanti peserta Kejohanan Esports Hari Sukan Negara (HSN) yang akan berlangsung di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, Presint 3, Putrajaya pada 11 hingga 13 Okt ini.

Presiden Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF) Muhammad Naim Al Amin Saharudin berkata kejohanan itu akan menampilkan permainan Konami eFootball 2025 sebagai pertandingan utama yang melibatkan penyertaan 15 negeri dan Wilayah Persekutuan serta perlawanan futsal 5 sebelah berkonsepkan permainan sihat dalam acara e-sukan.

“MESF juga akan menampilkan pelbagai pertandingan permainan popular pada kejohanan kali ini seperti PUBG Mobile, Mobile Legends Bang Bang, Free Fire dan Tekken 8 bagi menarik lebih ramai golongan belia yang berminat dalam e-sukan untuk beramai-ramai menghadirkan diri ke Putrajaya bagi memeriahkan lagi kejohanan e-sukan dan juga HSN 2024 pada tahun ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain menyertai pertandingan yang dianjurkan, peminat-peminat e-sukan yang hadir ke kejohanan itu berpeluang bertemu barisan pemain profesional tempatan.

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung antaranya pertandingan cosplay, permainan VR serta reruai jualan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan