BELANJAWAN 2024 > BERITA

Muhammad Yunus Insan Penuh Belas Kasihan Yang Dunia Perlukan - PM Anwar

04/10/2024 11:43 PM

Daripada Kamarul Irwan Alias

DHAKA, 4 Okt (Bernama) -- Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Ketua Penasihat Kerajaan Sementara Bangladesh Dr Muhammad Yunus sebagai insan yang penuh belas kasihan yang dunia perlukan.

Perdana Menteri berkata pemenang hadiah Nobel itu telah menyentuh hati dan jiwa golongan terpinggir dan kurang bernasib baik.

"Saya mengenali anda sejak empat dekad lepas sebagai individu yang mengambil inisiatif itu. Mereka kata kekurangan pengalaman anda dalam pentadbiran tiada apa-apa jika dibandingkan dengan kekuatan dan semangat anda untuk golongan miskin, terpinggir dan rakyat.

"Saya rasa inilah yang kita kurang dalam dunia hari ini, lihat sahaja situasi di Gaza dan kini di Lubnan, apa yang kurang? Ia adalah kekurangan (sifat) kemanusiaan, keadilan dan belas kasihan," kata beliau.

Anwar melakukan lawatan sehari dan ia yang pertama oleh ketua kerajaan asing sejak pembentukan kerajaan interim yang diketuai oleh Muhammad. 

Perdana Menteri berkata beliau percaya dengan usaha Muhammad untuk memastikan Bangladesh menghidupkan demokrasi cemerlang dan menghormati hak setiap rakyat di negara itu.

"Saya amat berbesar hati atas maklum balas ikhlas anda (Muhammad) dan mengenali anda secara peribadi, saya percaya kepada kepimpinan dan dedikasi anda dan saya bersedia memberi sebarang bantuan kecil jika dan bila-bila masa diperlukan," kata Anwar.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan