BERITA TERGEMPAR   Flood preparation: 459 PPS identified in Kelantan, capable of accommodating more than 100,000 victims - MB | 
 BELANJAWAN 2024 > BERITA

Pejabat TPM Bantu Hampir 200 Pelajar India B40 Untuk Kemasukan IPTA

10/10/2024 04:52 PM

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Kira-kira 200 pelajar India daripada golongan B40 yang bakal melanjutkan pelajaran ke institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) telah dibantu oleh Pejabat Timbalan Perdana Menteri menerusi sumbangan bantuan kewangan yuran pengajian.

Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, A. Arvend berkata ini susulan ramai bakal mahasiswa India B40 dari seluruh negara telah bertemu dengannya dan memohon bantuan kewangan bagi meringankan beban urusan kemasukan ke IPTA sejak dua bulan lepas.

"Kalau kita lihat sekarang ini pengambilan untuk kemasukan IPTA sedang berlangsung.

"Jadi, atas nasihat Timbalan Perdana Menteri juga selaku Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) kami membantu mahasiswa kaum India di pelosok negara yang memerlukan bantuan," katanya kepada Bernama hari ini.

Arvend berkata Ahmad Zahid sering menitipkan nasihat kepada kaum India agar mengutamakan soal pendidikan kerana ia mampu mengubah masa depan mereka.

"Sudah pasti atas agenda pemerkasaan pendidikan anak-anak kaum India di peringkat akar umbi khususnya di kawasan luar bandar, kami daripada Pejabat Timbalan Perdana Menteri atas nasihat beliau akan sentiasa konsisten bantu mereka.

"Usaha ini akan berterusan dan kita akan fokus membantu sebanyak mungkin pelajar India B40 yang memerlukan terutama di kawasan luar bandar," katanya.

Arvend turut memaklumkan hari ini lima lagi pelajar India B40 dibantu dan merupakan fasa kelima dan terakhir bagi sumbangan bantuan kewangan yuran pengajian IPT.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan