BELANJAWAN 2024 > BERITA

Helikopter AS Buat Pendaratan Cemas Di Pantai Berhampiran Tokyo

10/10/2024 09:34 PM

YOKOHAMA, 10 Okt (Bernama-Kyodo) -- Sebuah helikopter tentera Amerika Syarikat (AS)  terpaksa melakukan pendaratan cemas di sebuah pantai berhampiran Tokyo pada Khamis selepas mengesan masalah teknikal, menurut Tentera Laut AS.

Menurut Agensi Berita Kyodo, helikopter yang membawa tiga kru itu mendarat sekitar 11.05 pagi waktu tempatan dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Helikopter terbabit berasal dari pangkalan AS di Atsugi, wilayah Kanagawa, menurut Kementerian Pertahanan Jepun.

Menteri Pertahanan, Gen Nakatani memaklumkan kepada pemberita bahawa beliau akan meminta pasukan tentera AS untuk memastikan pengurusan keselamatan yang menyeluruh.

Kementerian juga menghantar pegawai untuk mengumpul maklumat di lokasi kejadian, yang terletak kira-kira 1.6 kilometer di tenggara Stesen JR Chigasaki, katanya.

Insiden ini berlaku selepas satu lagi pendaratan cemas oleh helikopter Tentera Laut AS di sebuah sawah padi di Ebina, wilayah Kanagawa, pada Ogos lalu.

-- BERNAMA-KYODO

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan