BERITA TERGEMPAR   The future of ASEAN must include Timor-Leste, whose inclusion will expand the region's economy and contribute to fulfilling our grand vision - PM Anwar | Laos secara rasmi serah kepengerusian ASEAN kepada Malaysia | 
 BELANJAWAN 2024 > BERITA

Terbuka Artik: Aaron-Wooi Yik Disingkirkan, Pearly-Thinaah Mara Ke Suku Akhir

11/10/2024 12:36 PM

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Pasangan beregu utama lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, disingkirkan pada pusingan kedua Kejohanan Terbuka Artik 2024 di Vantaa, Finland, pada Khamis.

Aaron-Wooi Yik yang merupakan pilihan ketiga, gagal memenuhi harapan apabila mereka mengalami kekalahan mengejut kepada pasangan England, Ben Lane-Sean Vendy, dengan keputusan 13-21, 8-21.

Namun, nasib berbeza menyebelahi pasangan beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan dan M. Thinaah yang mara ke pusingan suku akhir.

Pasangan pilihan ketiga itu menunjukkan prestasi cemerlang dengan menewaskan Kirsten de Wit dari Belanda dan Mariia Stokiarenko dari Ukraine, dengan keputusan 21-10, 21-11.

Pearly-Thinaah dijadualkan berdepan dengan pasangan China, Jia Yi Fan dan Li Wen Mei, selepas pasangan tersebut menewaskan pasangan Austria, Anna Kupca dan Jekaterina Romanova, dengan keputusan 21-9, 21-3.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan