BERITA TERGEMPAR   The future of ASEAN must include Timor-Leste, whose inclusion will expand the region's economy and contribute to fulfilling our grand vision - PM Anwar | Laos secara rasmi serah kepengerusian ASEAN kepada Malaysia | 
 BELANJAWAN 2024 > BERITA

MOT Lanjut Kemudahan RAS Sehingga Disember 2025 - Loke

11/10/2024 03:53 PM

KUCHING, 11 Okt (Bernama) -- Kemudahan Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) di Sabah dan Sarawak yang dijangka tamat pada hujung tahun ini telah dilanjutkan untuk tempoh setahun lagi, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke. 

Beliau berkata keputusan melanjutkan kemudahan RAS yang dikendalikan MASwings Sdn Bhd (MASwings) mengambil kira proses pengambilalihan syarikat itu oleh kerajaan Sarawak masih belum selesai sepenuhnya.

“Dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada Selasa lepas, Kabinet telah bersetuju untuk melanjutkan perjanjian subsidi RAS secara interim iaitu selama setahun sebab Sarawak dan Malaysia Aviation Group (MAG) masih dalam proses ambil alih MASwings, jadi perjanjian RAS akan berakhir 31 Dis ini seperti dipersetujui dalam perjanjian sebelum ini yang ditandatangani kira-kira tujuh tahun lepas.

“Selepas proses pengambilalihan itu selesai, kita (Kementerian Pengangkutan) akan runding semula untuk satu perjanjian yang tempohnya lebih panjang dan dari segi prinsip, saya sudah nyatakan pendirian Kerajaan Persekutuan, tiada masalah melanjutkan RAS yang buat masa ini melibatkan subsidi RM209 juta setahun,” katanya dalam sidang media selepas majlis menandatangani perjanjian Program Transformasi Bas Berhenti-henti (SBST) di sini hari ini. 

Beliau berharap proses rundingan serta pengambilalihan MASwings oleh kerajaan Sarawak akan berjaya dimuktamadkan selewat-lewatnya tahun ini. 

“Namun ia tertakluk kepada beberapa perkara, sebab rundingan ini di antara pihak Sarawak dan Khazanah Nasional yang memiliki MAG…ia tak melibatkan kementerian saya kerana MASwings di bawah MAG,” katanya. 

Sebelum ini, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata MASwings yang akan menjadi syarikat penerbangan milik Sarawak dijadualkan mula beroperasi pada 2025. 

-- BERNAMA 

 

TAG: MASwings, RAS, Anthony Loke, Sarawak, tempoh, penjanjian


R3 HI ZHR


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan