BERITA TERGEMPAR   The future of ASEAN must include Timor-Leste, whose inclusion will expand the region's economy and contribute to fulfilling our grand vision - PM Anwar | Laos secara rasmi serah kepengerusian ASEAN kepada Malaysia | 
 BELANJAWAN 2024 > BERITA

Ketua Menteri, Ahli Parlimen Sabah Bincang Pindaan Perlembagaan Kewarganegaraan

11/10/2024 04:32 PM

KOTA KINABALU, 11 Okt (Bernama) -- Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor hari ini mempengerusikan mesyuarat pramajlis bersama beberapa Ahli Parlimen Sabah bagi membincangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2024 membabitkan kewarganegaraan. 

Jabatan Ketua Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa RUU berkenaan akan dibentangkan untuk bacaan kedua dan ketiga dalam persidangan Parlimen akan datang.

Hajiji dan Ahli Parlimen Sabah diberi taklimat mengenai perkara itu oleh Timbalan Setiausaha Bahagian Pendaftaran Negara dan Pertubuhan Kementerian Dalam Negeri Mimmi Suriati Mat Khalid di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya di sini.

Ahli Parlimen yang hadir termasuk Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan (Keningau) merangkap Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Shahelmey Yahya (Putatan) yang juga Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Armizan Ali (Papar) yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Datuk Jonathan Yassin (Ranau), Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy (Kalabakan), Datuk Matbali Musa (Sipitang), Datuk Lo Su Fui (Tawau) dan Riduan Rubin (Tenom).

Turut hadir Peguam Besar Negeri Sabah Datuk Brenndon Keith Soh.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan