BELANJAWAN 2025 > BERITA

Terowong SMART Kembali Beroperasi Selepas Penutupan Akibat Hujan Lebat

15/10/2024 06:27 PM

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Terowong Lebuhraya SMART kembali beroperasi selepas ditutup susulan hujan lebat di beberapa kawasan di ibu kota sejak awal pagi tadi.

Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) menerusi catatan di platform X memaklumkan pengguna dinasihatkan memandu dengan berhati-hati dan mematuhi arahan lalu lintas.

“Terowong SMART dibuka sepenuhnya untuk laluan pengguna,” mengikut hantaran itu.

Beberapa jalan di Kuala Lumpur dinaiki air susulan hujan lebat berterusan yang bermula sejak kira-kira 9 pagi tadi. 

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan beberapa kawasan di sekitar ibu kota dinaiki air pagi tadi disebabkan taburan hujan yang sangat tinggi melebihi 60 milimeter (mm) per jam dan bacaan hujan di stesen hujan pusat bandar adalah melebihi 114 mm per jam. 

Terowong SMART di Kuala Lumpur berfungsi sebagai penyelesaian dwifungsi utama bagi mengurangkan risiko banjir kilat dan menyediakan laluan trafik alternatif untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan