BELANJAWAN 2025 > BERITA

PM Akan Pengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet, Bincang Persiapan Kepengerusian ASEAN 2025

16/10/2024 12:03 PM

SERDANG, 16 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini akan mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet bagi membincangkan persiapan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.

Beliau berkata mesyuarat itu diadakan bagi memastikan koordinasi rentas kementerian dilaksanakan dengan baik.

“Perdana Menteri panggil mesyuarat khas Kabinet (hari ini). Mesyuarat Kabinet yang biasa diadakan pada Rabu ditukar ke Jumaat sebab (ada) sidang Parlimen.

“(Namun) diadakan mesyuarat khas Kabinet pukul 1 tengah hari nanti untuk bincang persiapan Malaysia mempengerusikan ASEAN,” katanya ketika berucap merasmikan Program Agroinvest 2024 Sempena Hari Inovasi MARDI di sini hari ini.

Difahamkan mesyuarat khas Kabinet itu diadakan di bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.

Jumaat lepas Laos secara rasmi menyerahkan jawatan Pengerusi ASEAN kepada Malaysia pada Majlis Penutupan Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45, bersama dengan Sidang Kemuncak berkaitan dan Majlis Penyerahan Jawatan Pengerusi ASEAN di Vientiane.

Pada majlis itu Anwar menerima tukul Kepengerusian ASEAN daripada Perdana Menteri Laos Sonexay Siphandone sebagai simbolik penyerahan jawatan berkenaan.

Anwar turut memperkenalkan logo dan tema untuk Pengerusi ASEAN Malaysia 2025: ‘Keterangkuman dan Kelestarian’ pada majlis berkenaan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan