BELANJAWAN 2025 > BERITA

4 Rakyat Malaysia Antara 10 Ditahan Di Sri Lanka Kerana Penipuan Kewangan Dalam Talian

16/10/2024 08:19 PM

Oleh Noor Bakhtiar Ahmad

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Pihak berkuasa Sri Lanka telah menahan 10 warga asing kerana disyaki terlibat dalam penipuan kewangan berasaskan internet, susulan serbuan di sebuah hotel di bandar pantai Chilaw pada Selasa.

Menurut polis, tangkapan dibuat selepas pegawai dari Unit Siasatan Jenayah Bahagian Puttalam bertindak atas maklumat berhubung aktiviti mencurigakan di sebuah hotel di Iranavila Road.

Kumpulan yang ditahan termasuk empat lelaki warga Malaysia, tiga lelaki warga Ethiopia dan seorang wanita, seorang wanita warga Kenya, serta seorang lelaki warga China, menurut kenyataan polis yang dimuat naik di laman Facebook rasmi mereka pada Rabu.

Polis menyatakan bahawa dalam serbuan itu, pihak berkuasa merampas sejumlah besar peralatan elektronik yang dipercayai digunakan dalam kegiatan jenayah berkenaan, termasuk 20 komputer, tiga penghala, dan 282 telefon bimbit.

Unit Siasatan Jenayah Bahagian Puttalam sedang menjalankan siasatan lanjut.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan