BELANJAWAN 2025 > BERITA

Jumlah Mangsa Banjir Di Perak Dan Pahang Meningkat

17/10/2024 05:50 PM

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Perak dan Pahang meningkat manakala di Kedah dan Melaka berkurangan, setakat 4 petang.

Di PERAK, Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan jumlah mangsa yang berlindung di 12 pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 1,407 orang petang ini berbanding 1,286 mangsa pagi tadi.

Menurut laman sesawang rasmi Public Info Banjir, paras air Sungai Bidor di Hilir Perak, Sungai Rui di Hulu Perak serta Sungai Perak di Perak Tengah melepasi tahap amaran.

Di PAHANG, jumlah mangsa yang ditempatkan di sembilan PPS turut meningkat kepada 1,803 berbanding 1,643 orang pagi tadi.

Di KEDAH, jumlah mangsa yang ditempatkan di tujuh PPS menurun sedikit kepada 839 berbanding 848 orang dari dua daerah iaitu Pendang dan Kota Setar.

Laman sesawang rasmi Public Info Banjir memaklumkan paras air Sungai Anak Bukit di Kota Setar melepasi tahap bahaya.

Sementara itu di MELAKA, jumlah mangsa banjir berkurangan apabila mencatatkan penurunan kepada 12 orang petang ini berbanding 31 pagi tadi.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan