BELANJAWAN 2025 > BERITA

Eksesais Di Bangunan Perdana Putra, Jangan Panik Lihat Helikopter - MKN

17/10/2024 08:08 PM

PUTRAJAYA, 17 Okt (Bernama) -- Majlis Keselamatan Negara (MKN) Jabatan Perdana Menteri mengingatkan orang ramai agar kekal bertenang dengan kehadiran helikopter dan bunyi letupan di sekitar Bangunan Perdana Putra di sini pada 8 pagi hingga 2 petang, Sabtu ini.

MKN dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya akan melaksanakan Latih Amal Keselamatan Negara: Eksesais Megastealth 2024 yang bertujuan menguji proses evakuasi serta kesiapsiagaan keselamatan di bangunan itu pada hari terbabit.

“Latih amal itu akan melibatkan empat helikopter iaitu dua pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia dan dua pesawat Polis Diraja Malaysia serta bot Pasukan Polis Marin Putrajaya dan Perbadanan Putrajaya.

“Bahan letupan dan bom asap juga akan digunakan,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan