BELANJAWAN 2025 > BERITA

Angka Korban Di Semenanjung Gaza Meningkat Kepada 42,438, Lebih 99,246 Cedera

17/10/2024 08:55 PM

GAZA, 17 Okt (Bernama-WAFA) -- Pasukan pendudukan Israel telah melakukan dua pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, menyebabkan sekurang-kurangnya 29 rakyat Palestin terbunuh dan 93 yang lain cedera, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA) yang memetik laporan perubatan.

Pihak berkuasa kesihatan tempatan mengesahkan bahawa angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel sejak 7 Oktober 2023 telah meningkat kepada 42,438 orang manakala 99,246 individu dilaporkan cedera.

Sebahagian besar mangsa terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.

Menurut sumber yang sama, perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat mencapai ramai mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan atau mayat bergelimpangan di jalan-jalan di seluruh kawasan konflik itu, kerana pasukan pendudukan Israel terus menghalang pergerakan ambulans dan pasukan pertahanan awam.

-- BERNAMA-WAFA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan