BELANJAWAN 2025 > BERITA

Kesihatan Tun M Semakin Baik Namun Masih Perlu Pemantauan Doktor

17/10/2024 09:23 PM

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) di sini dilaporkan semakin baik. 

Pembantu beliau Adam Mukhriz Mohd Muhayeddin berkata sehingga kini, Dr Mahathir berada di bawah pemantauan doktor selepas dimasukkan ke IJN pada petang Selasa lepas kerana mengalami jangkitan saluran pernafasan yang lebih rendah (LRTI).

"Alhamdulillah, keadaan Tun semakin baik namun masih perlu dipantau,” katanya ringkas ketika dihubungi Bernama.

Semalam, Bernama melaporkan perbicaraan kes saman Dr Mahathir terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi di sini ditangguh kepada 29 Okt ini selepas beliau dimasukkan ke IJN kerana jangkitan paru-paru.

Peguam Mior Nor Haidir Suhaimi, yang mewakili Dr Mahathir, memaklumkan mahkamah bahawa anak guamnya diberi sijil cuti sakit hingga 25 Okt dan memohon agar tarikh perbicaraan semalam serta hari ini dilapangkan.

Pesuruhjaya Kehakiman Gan Techiong kemudian menetapkan 29 dan 30 Okt serta 5, 6 dan 9 Dis ini untuk menyambung pendengaran kes itu. 

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan