BELANJAWAN 2025 > BERITA

Ketua IMF Puji Komitmen China Terhadap Matlamat Iklim

17/10/2024 09:27 PM

SHANGHAI, 17 Okt (Bernama-Xinhua) -- Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Kristalina Georgieva pada Rabu memuji usaha China dalam mencapai matlamat iklimnya, dengan menekankan kemajuan pesat negara itu yang didorong oleh dasar-dasar yang kukuh.

"China kekal komited sepenuhnya terhadap matlamat iklimnya," katanya melalui pautan video pada Persidangan Pemimpin Global ESG (Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus) 2024, lapor Xinhua.

Georgieva berkata dasar China memudahkan pencapaian matlamat ini sambil meningkatkan pendapatan negara.

Beliau berkata bahawa Amanah Ketahanan dan Kelestarian (RST) yang ditubuhkan oleh IMF telah menggerakkan US$46 bilion untuk menyokong dasar iklim di kalangan ahli IMF.

RST yang dilancarkan pada 2022 bertujuan membantu negara-negara terdedah menghadapi perubahan iklim dan cabaran lain.

"Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada China atas sumbangannya kepada RST," katanya.

Persidangan Pemimpin Global ESG 2024 diadakan di Shanghai dari 16 hingga 18 Okt, menarik penyertaan ketua-ketua organisasi antarabangsa, pemimpin industri, serta pakar alam sekitar.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan