BELANJAWAN 2025 > BERITA

Amaran Hujan Berterusan Di Sabah, Labuan Selama Tiga Hari Bermula Rabu

21/10/2024 01:31 PM

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, berkuat kuasa dari Rabu hingga Jumaat ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan keadaan cuaca itu dijangka melanda Sabah yang membabitkan Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Kudat dan Sandakan (Beluran) serta Wilayah Persekutuan Labuan.

 Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi dan media sosial MetMalaysia atau aplikasi mobil myCuaca serta talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan