BELANJAWAN 2025 > BERITA

TunaiPro: Rakan Terbaik Pemilik Spa, Salon Urus Perniagaan Secara Digital

21/10/2024 04:48 PM

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Terinspirasi untuk membantu perniagaan seperti spa dan salon, JulyTech Sdn Bhd membangunkan Perisian sebagai Perkhidmatan (SAAS) yang dikenali sebagai TunaiPro, sebuah perisian yang direka khas untuk industri perkhidmatan. 

JulyTech, sebuah syarikat pemula teknologi berkata TunaiPro yang dilancarkan pada 2017, menawarkan lebih 50 fungsi dalam sistem titik jualan (PoS) untuk memudahkan operasi pemilik spa kecantikan, kedai gunting rambut dan perniagaan seumpamanya.

“TunaiPro tidak hanya menyediakan sistem PoS asas untuk pengurusan pentadbiran dan kakitangan, tetapi juga memenuhi keperluan pemilik salon dan seumpamanya dalam mengurus selain mendapatkan maklumat pelanggan mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

TunaiPro dilengkapi dengan fungsi tempahan janji temu pelanggan serta pemberitahuan melalui WhatsApp secara automatik, halaman informasi pelanggan, mata ganjaran dan lain-lain.

Menurut JulyTech, TunaiPro direka untuk menyokong perniagaan spa dan salon tanpa membebankan pemilik dari segi kewangan, menjadikannya pilihan yang berpatutan.

“Dengan satu bayaran, TunaiPro menyediakan aplikasi untuk kaunter depan, kakitangan dan ahli, selain perkhidmatan 'backend website' dan tempahan janji temu dalam talian,” katanya.

Sejak pelaksanaanya enam tahun lepas, TunaiPro telah mengembangkan rangkaiannya ke Singapura, Indonesia dan Brunei, dengan lebih 6,000 pemilik perniagaan spa dan salon memilih TunaiPro sebagai pilihan utama sistem PoS mereka.

“Hingga kini, TunaiPro terus berusaha untuk menyediakan sistem PoS yang memuaskan bagi pemilik bisnes spa dan salon,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan