BELANJAWAN 2025 > BERITA

JPSM Catat Rekod MBOR Bagi Program Konservasi Denai Secara Serentak Terbesar

21/10/2024 08:51 PM

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dengan kerjasama Universal Fitness & Leisure Sdn Bhd telah menganjurkan Program Konservasi Denai 2024 sempena sambutan ulang tahun ke-123 penubuhan JPSM, yang disambut pada 16 Okt setiap tahun.

JPSM dalam kenyataan hari ini memaklumkan program itu diadakan secara serentak di seluruh Malaysia di semua denai Hutan Simpanan Kekal, Tanah Kerajaan atau Tanah Milik dengan kebenaran pihak berkuasa atau pemilik pada 19 Okt lepas.

“Program ini adalah inisiatif JPSM bagi melindungi dan menambah baik laluan denai hutan selain meningkatkan aspek keselamatan serta memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar,” menurut jabatan itu.

JPSM telah mencatat rekod Malaysia Book of Records di bawah kategori Program Konservasi Denai Secara Serentak Terbesar seluruh negara pada 19 Okt lepas dengan penyertaan 21,501 orang menerusi 376 program konservasi dalam melaksanakan program berkenaan.

Penyampaian sijil MBOR kepada Pengarah Bahagian Forest Eco-Park JPSM Mohd Yussainy Md Yusop telah disempurnakan oleh wakil MBOR Megat Faris Hussien dan Siti Nur Hanim Muhamed di Taman Eko Rimba Kota Damansara baru-baru ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan