SHAH ALAM, 22 Okt (Bernama) -- Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) memaklumkan penutupan sementara semua aktiviti rekreasi di Hutan Simpanan Kekal dan Taman Eko Rimba di bawah seliaannya bermula 15 Nov hingga akhir Januari 2025.
Pengarah Perhutanan Negeri Selangor Azhar Ahmad berkata penutupan itu sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak berlaku insiden tidak diingini kepada pengunjung susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula awal bulan depan.
"JPNS akan menutup sementara semua aktiviti rekreasi di dalam hutan simpanan kekal di Selangor hingga 31 Jan 2025 bagi menghadapi musim MTL," katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasmi JPNS hari ini.
Antara Taman Eko Rimba di Selangor ialah Rimba Gabai, Gunung Nuang, Rimba Kanching, Sungai Chongkak, Sungai Sendat, Sungai Tekala, Sungai Tua, Ampang, Komanwel, Kota Damansara dan Templer.
Sebelum ini, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip dilaporkan berkata pihaknya meramalkan MTL berlaku pada awal bulan depan berdasarkan faktor klimatologi.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial