BELANJAWAN 2025 > BERITA

Yayasan Petronas Beri Sumbangan Deepavali Kepada Lebih 1,000 Keluarga

22/10/2024 10:24 PM

KOTA BHARU, 22 Okt (Bernama) -- Yayasan Petronas dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat menyampaikan sumbangan Deepavali kepada 1,600 keluarga di 11 buah negeri, dengan nilai keseluruhan RM320,000.

Pengurus Besar Petronas Wilayah Pantai Timur Mohammad Ahmad Shazli Ramli berkata sumbangan berkenaan, adalah di bawah teras kesejahteraan dan pembangunan masyarakat yang mempunyai fokus untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat yang kurang berkemampuan.

Beliau berkata Yayasan Petronas mengambil inisiatif untuk memberi impak jangka panjang melalui program hari perayaan bersama komuniti dengan hasrat untuk membawa lebih keceriaan kepada semua yang merayakan.

“Di Kelantan sahaja, seramai 50 keluarga telah dikenal pasti daripada tiga jajahan iaitu Kota Bharu, Tanah Merah dan Kuala Krai, untuk menerima sumbangan merangkumi makanan asas dan juga makanan perayaan seperti murukku.

“Oleh yang demikian, harapan kami semoga sumbangan makanan asas dan makanan perayaan seperti minyak masak, beras basmathi, tepung, kacang dhal dan hamper murukku ini dapat membawa lebih keceriaan kepada semua penerima di musim perayaan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Yayasan PETRONAS Memacu Kehidupan : Deepavali 2024, di sini, malam ini.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan